Monday, March 28, 2011

Selamat datang Guru Besar baru: Encik Isa bin Abdullah

Salam. Kami warga SK Jeram mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Guru Besar yang baru iaitu Encik Isa bin Abdullah yang secara rasminya muncul di perhimpunan pagi ini.Semoga dengan kehadiran cikgu memberi kami sinar baru dan teraju pendidikan yang lebih menyerlah lagi di masa akan datang.Amin.Wslm.


Selamat Bersara Gb Sharudin b Idir 110311


Monday, December 6, 2010

Tarikh-tarikh penting SKJ dalam bulan Disember ini

TARIKH
AGENDA
24 Disember 2010
Pendaftaran Pra Bestari    
27 Disember  2010
Gotong Royong SKJ  
28  Disember  2010
Mesyuarat Guru
29  Disember  2010
Mesyuarat Unit Akademik/Kokurikulum   
30  Disember  2010
Bayaran Yuran Sekolah
                     


Selamat Bersara Wak Parlan bermula 01/12/2010

Terima kasih atas pengorbanan Wak Parlan selama ini... kerana Wak merupakan pekerja yang paling lama, bekas pelajar SKJ yang setia, berdedikasi dalam melakukan kerja-kerja dan amanah yang diberi dan menjaga keceriaan, kebajikan, keselesaan kami warga SKJ selama ini...



Diharapkan Wak sentiasa diberi kesihatan yang lebih baik dari semasa ke semasa dan moga diberkati Allah selalu.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada semua warga SKJ.Wassalam


Wednesday, December 1, 2010

Selamat menyambut Awal Muharram 1432 Hijriah bersamaan 07 Disember 2010

Sedikit berkenaan MUHARAM


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 


Thursday, November 25, 2010

bahan2 pengajaran kssr 2011

Salam... kawan yang mengajar Tahun 1, 2010 bolehla ke laman berikut untuk download bahan-bahan 
http://www.moe.gov.my/bpk/


Wednesday, November 24, 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada warga pendidik SKJ... semoga semuanya bergembira di samping keluarga tercinta... Dalam pada itu..jangan lupa tugasan merancang dan mengemaskini segala fail-fail dan pelaporan akademik, ko-kurikulum dan tugasan lain yang sewaktu dengannya... tugas kita bukan sahaja mengajar malah mencakupi bidang pengkeranian, pengauditan, perbendaharaan, pentadbiran dan sebagainya....

Jangan lupa juga segala jemputan seperti walimatul urus, berkhatan dan sebagainya... tunaikan tanggungjawab kepada masyarakat...wslm